Monday 25 April 2011

Jenis-jenis Kanser Ynag Menyerang Wanita..

PENGURANGAN risiko kanser boleh dilakukan dengan mengubah gaya dan tatacara kehidupan.
Perhatian perlu diberi pada keadaan badan, perasaan tahap kesihatan diri dan juga bentuk serta rupa struktur badan. Ujian saringan juga perlu ditekankan bagi mengesan kanser dengan lebih awal.
Sel-sel normal yang membina tisu badan mengalami tumbesaran, membahagi serta penggantian secara teratur dan tenteram. Kadangkala sel-sel tua yang sepatutnya digantikan, masih meneruskan tumbesarannya. Pertumbuhan ini mungkin tidak teratur dan bercelaru, akhirnya mereka menjadi luar kawalan dan seterusnya bertukar pada ketumbuhan yang ganas (malignan) ataupun yang tidak ganas (benign).
Ketumbuhan yang tidak ganas (benign) tidak merebak ke bahagian lain dan lazimnya tidak membimbangkan. Pembedahan terpaksa dilakukan jika saiz ketumbuhan terlalu besar dan memberi tekanan kepada organ-organ berhampirannya.
Ketumbuhan yang ganas pula (malignan), akan menakluk, merosakkan dan merebak pada organ-organ berhampiran dan juga organ yang jauh serta boleh menyebabkan ketumbuhan baru di tempat lain.
Faktor keturunan (kehadiran gen-gen tertentu) juga boleh menyebabkan ketumbuhan berlaku selain pendedahan kepada sinar-
sinar tertentu, bahan kimia, virus dan bermacam jenis faktor persekitaran lain.
Jenis-jenis kanser bergantung pada bahagian anatomi badan yang terlibat seperti paru-paru, payudara, kulit, ovari, rahim, pangkal rahim, faraj, vulva, usus besar dan rektum.
Semua penyakit boleh dicegah atau dirawat sekiranya pengesanan dapat dilakukan pada peringkat awal.
Lazimnya terdapat tanda-tanda awal yang harus diamati dan diperhatikan. Juga sebagai satu bentuk pencegahan, golongan wanita dinasihatkan supaya menjalani penyaringan secara berkala untuk mengenal pasti kanser di peringkat awal.
Petanda awal
Di antara petanda-petanda awal kanser pada bahagian badan berkenaan adalah perubahan pada tabiat kebiasaan pundi kencing dan juga usus besar.
Selain itu, luka-luka yang tidak sembuh, pendarahan ataupun discaj yang tidak pernah dialami, penebalan ataupun tongkol-tongkol pada payudara ataupun bahagian kulit yang lain serta perubahan pada tahi lalat atau mana-
mana tompok kulit juga mungkin menjadi petanda awal kanser tertentu.
Pesakit juga perlu peka untuk ujian masalah kesusahan menelan serta keabnormalan pencernaan makanan atau minuman selain batuk yang tidak hilang dan juga perubahan pada suara.
Perlu diingat bahawa ini bukanlah petanda mutlak kanser tetapi hanya kehadiran gejala berkenaan sepatutnya dirujuk kepada doktor.
Kesakitan biasanya bukan tanda-tanda awal kanser. Walau bagaimanapun, jangan ditunggu sehingga kesakitan menjelma, barulah rujukan mahu dibuat kerana ketika itu mungkin sudah terlambat.
Kanser paru-paru
Majoriti pesakit mendapat kanser paru-paru dari aktiviti merokok. Wanita yang merokok mempunyai risiko 12 kali ganda lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.
Walaupun jika anda bukan perokok, tapi menyedut asap rokok secara pasif juga dapat menambahkan risiko kanser paru-paru.
Lazimnya tanda-tanda kanser paru-paru hanya jelas kelihatan apabila penyakit tersebut sudah pun di peringkat yang teruk.
Pesakit pada kebiasaannya mengalami batuk yang tidak sembuh-sembuh, kahak bercampur darah, sakit dada, berbunyi apabila menghembus nafas (wheezing), stamina pernafasan yang cetek serta keserakan suara.
Selain itu, penghidap kanser jenis ini juga mengalami episod berulang-ulang penyakit pneumonia dan juga bronkitis, kurang selera makan serta jatuh berat badan dan selalu mendapat demam.
Untuk mengelak kanser paru-paru, jangan mulakan merokok serta jauhkan diri dari asap rokok. Untuk mereka yang sudah pun mula merokok, carilah pertolongan supaya dapat membuang tabiat tersebut.
Kanser payudara
Kanser ini adalah antara penyebab kematian utama di kalangan wanita. Kebarangkalian untuk seorang wanita mendapat kanser ini pula adalah satu dalam lapan (1:8). Di antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser jenis ini termasuk peningkatan umur, sejarah keluarga dengan kanser payudara (terutamanya di sebelah ibu atau saudara perempuan) serta pembawa gen genetik abnormal BCRA1 dan BCRA2.
Selain itu, penggunaan hormon gantian tanpa pengawasan doktor, pendedahan kepada radiasi serta sejarah menghidap kanser payudara juga meningkat risiko anda.
Penyusuan badan, pengurangan berat badan serta bersenam dapat mengurangkan risiko kanser ini.
Seperti juga mana-mana kanser lain, pengesanan awal dapat mencegah dan mungkin menyembuhkan dengan rawatan awal.
Di antara perubahan awal yang perlu diperhatikan termasuk pembengkakan, tonjolan, kekerasan, penebalan dan juga pengecutan kulit pada payudara.
Kerengsaan pada kulit payudara serta puting yang tenggelam ke dalam, bersisik, berdarah, mengalami discaj, sakit serta tidak selesa perlu disiasat untuk kemungkinan kanser.
Anda dinasihatkan supaya menjalani ujian mammografi sekurang-kurangnya setahun sekali terutamanya sekiranya sudah menjangkau umur 50 tahun. Selain itu, anda juga harus proaktif dalam memeriksa payudara sendiri kerana diri sendiri lebih tahu perubahan awal badan.
Kanser usus dan rektum (kanser kolorektal)
Kanser kolorektal ini perlahan tumbesarannya dan pada kebiasaannya bermula dengan polip di usus sebelum menjadi kanser. Anda dikategorikan sebagai berisiko sekiranya mempunyai waris terdekat (ibu, ayah, adik-beradik) dengan polip atau kanser kolorektal semasa berumur kurang dari 60 tahun, mempunyai penyakit yang melibatkan usus atau diri sendiri mempunyai polip di usus.
Lazimnya kanser kolorektal tidak mempunyai apa-apa petanda peringkat awal, tetapi selalunya didiagnosis pada peringkat lewat.
Antara petanda kanser jenis ini adalah perubahan dari kebiasaan tabiat usus, pendarahan dari rektum, darah di dalam najis ataupun najis berwarna hitam, najis menjadi panjang dan bergaris pusat kecil serta ketidakselesaan abdomen (kembung, kejang dan sering kentut atau sedawa).
Selain itu, selera makan juga menurun, rasa lemah serta letih tanpa sebab juga mungkin menjadi petanda kanser kolorektal yang akan memerlukan pemeriksaan lanjutan.
Bagi mereka yang telah melangkau umur 50 tahun, anda boleh menjalani ujian saringan seperti ujian darah di dalam najis setahun sekali, ujian sigmoidoskopi fleksibel setiap 5 tahun, ujian barium enema berkontras setiap 5 tahun serta ujian kolonoskopi setiap 10 tahun.
Walau bagaimanapun, ini bergantung pada faktor berlakunya kanser kolorektal setempat. Sekiranya statistik kejadian kanser kolorektal di tempat anda tinggi, makan anda juga berisiko dan lebih baik mengambil langkah berjaga-jaga.
Kanser kulit
Walaupun sebagai orang asia kulit kita lebih berpigmen, anda juga berkemungkinan boleh terkena kanser kulit.
Jenis-jenis kanser kulit termasuk jenis sel basal (kulit nampak seperti lilin, pucat warnanya, mungkin timbul seperti mutiara dan kadangkala tompok bersisik), jenis sel skuamos (kehadirannya juga menyerupai sel basal) atau jenis melanoma (seperti tahi lalat, hanya membesar dengan perimeter tidak sekata, bertambah hitam dan senang berdarah).
Terdapat beberapa tanda pada kulit yang boleh diperhatikan seperti perubahan pada saiz tahi lalat, bersisik, berdarah dan juga seakan melecur.
Selain itu, perhatikan juga perubahan pada warna dan juga kehadiran tompok-tompok pada kulit, kegatalan, kesakitan dan juga ketidakselesaan pada biji-biji ataupun tahi lalat serta kudis yang tidak sembuh.
Pastikan yang anda juga memeriksa pada semua tempat sama ada yang terdedah atau terlindung daripada cahaya matahari.
Kanser ovari
Risiko untuk mendapat kanser telur adalah kecil, tetapi kebarangkaliannya meningkat dengan peningkatan usia terutamanya selepas melangkau usia 60 tahun. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser jenis ini termasuklah kemandulan, makanan kaya dengan lemak, sejarah kanser usus dan payudara, endometriosis serta pembawa gen abnormal BRCA1 dan BRCA2.
Mereka yang kurang risikonya termasuklah mereka yang mengambil pil perancang keluarga, pernah melahirkan anak walaupun sekali dan mereka yang pernah menyusu badan.
Kanser ovari, bila dikesan, mungkin sudah pun terlambat. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjutan seperti ultrasound memandangkan tidak ada ujian saringan khas untuk kanser ini.
Berjumpalah dengan doktor sekiranya anda mengalami ketidakselesaan di kawasan pinggul, kembung, sendawa, bergas, kesukaran pencernaan yang tidak dapat dijelaskan, pendarahan abnormal melalui faraj serta pembengkakan abdomen.
Kanser rahim
Risiko kanser rahim meningkat selepas umur 55 tahun, terutamanya mereka di dalam julat di antara 60 hingga 75 tahun dan jarang berlaku di kalangan mereka di bawah 40 tahun.
Mereka yang menggunakan pil perancang keluarga juga mempunyai risiko yang rendah.
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko kanser rahim termasuklah penggunaan hormon gantian estrogen sahaja (tanpa progesteron), tidak pernah melahirkan anak, putus haid selepas umur 52 tahun, lebih berat badan, darah tinggi, kencing manis serta penyakit lain seperti masalah tiroid dan hempedu.
Penggunaan ubat Tamoxifen, Hiperplasia lapisan dalaman rahim, penyakit keturunan seperti kanser usus juga meningkat risiko kanser rahim.
Anda juga berisiko sekiranya mempunyai haid tidak teratur dan kerap kali tidak datang haid.
Tanda-tanda amaran kanser rahim termasuklah pendarahan selepas menopaus, discaj atau lelehan di antara tempoh haid dan haid yang berpanjangan dengan kehadiran darah yang banyak.
Biasanya doktor tidak menjalankan saringan untuk kanser rahim, tetapi sekiranya disyaki, anda mungkin dikehendaki menjalani ujian-ujian seperti:
“Biopsi endometrial – pensampelan tisu dari dalaman rahim untuk kajian.
“Pemeriksaan ultrasound – terutamanya ultrasound melalui faraj, mengukur ketebalan dinding endometrium.
“Penkuretan dan dilatasi – pangkal rahim di buka, dan dalam rahim disedut ataupun dicalit untuk kajian lanjutan.
“Histeroskopi – penggunaan peralatan optik untuk melihat secara langsung dengan pembesaran imej dan persekitaran di dalam rahim.
Kanser pangkal rahim (serviks)
Ujian saringan PAP dapat mengesan keabnormalan pangkal rahim pada peringkat awal. Ujian lanjutan seperti kolposkopi mungkin dijalankan untuk kepastian. Contoh tisu pangkal rahim diambil untuk kepastian jika ianya kanser rahim.
Puan berisiko tinggi untuk kanser pangkal rahim sekiranya mempunyai infeksi virus HIV (Human Immunodeficeincy Virus), virus HPV (Human Papilloma Virus), sistem imuniti badan yang lemah atau terdedah pada ubat diethylstilbesterol (DES) semasa anda di dalam kandungan (ubat ini tidak lagi digunakan sekarang).
Peringkat awal kanser ini lazimnya tidak menunjukkan sebarang petanda tetapi sekiranya mengalami mengalami masalah berikut, segeralah berjumpa dengan doktor.
“Discaj atau lelehan abnormal melalui faraj
“Pendarahan abnormal melalui faraj
“Pendarahan selepas hubungan kelamin
Sekarang terdapat imunisasi terhadap kanser pangkal rahim yang disebabkan oleh HPV dan ianya dinasihatkan diberikan pada anak-anak perempuan yang berumur antara sembilan hingga 26 tahun. Vaksin ini diberikan dalam tiga dos.
Walaupun divaksinasi, ujian saringan PAP masih perlu dilakukan kerana terdapat beberapa jenis lagi virus HPV yang tidak dapat dilindungi melalui vaksinasi.
Kanser faraj dan vulva
Kebanyakan kanser jenis ini berlaku pada mereka berusia melebihi 60 tahun. Sekiranya anda mengalami perkara-perkara berikut di sekitar alat kelamin, dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor dengan segera.
“Kudis, pembengkakan yang tidak hilang-hilang
“Kegatalan
“Pendarahan yang abnormal
“Perubahan pada kulit-kulit di sekitar, seperti perubahan pada tahi lalat
Perokok dan mereka yang dijangkiti virus HPV berisiko tinggi. Biopsi tisu pada luka-luka yang timbul mungkin perlu diambil untuk ujian saringan lanjutan.
Secara umumnya, terdapat beberapa cara untuk mengurangkan risiko kanser terhadap diri anda seperti:
- Tidak merokok atau berhenti merokok
- Kurangkan pengambilan makanan dengan lemak tepu atau lemak trans
- Banyakkan makanan berserat tinggi
- Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari
- Sekiranya anda berkulit cerah atau kurang pigmen kulit, hadkan pendedahan pada cahaya matahari
- Tumpuan dan perhatian pada sebarang perubahan pada badan anda
- Jangan amalkan tatacara serta gaya hidup seksual secara bebas

KeNaNgAn Di LuRaH BiLut

aku di lahirkan di Selangor,tpi ketika itu abah bekerja dengan MARA sbagai konduktor bas..dlu pkai konduktor bas..skang driver la yg collect & bagi tiket skali..
Di Lurah Bilut la aku dibesarkan..tpi tak lama..pabila aku nak msuk darjah satu(1)..mak & abah brpindah di klang..Kenangan di sana aku x berapa ingat..Hanya gambar2 di dalam simpanan aku..
Di sana aku punya ayah angkat brbangsa India..dia kawan abah aku la..bekerja sbagai posmen..Klau tak silap aku nama dia Bala..mak aku cite..dia nih suka sangat sakat mak aku ketika mengandungkan aku..Sampai la kelahiran aku..tpi setelah kelahiran aku..dia tak lgi kacau mak aku..dia mesti ambik aku..bawak jalan pegi kedai depan tu..Ntah tak ingat nama kedai makcik tu..
mak aku kate..masa mak tengah masak di dapur..mak letak kan aku di ruang tamu..tpi zaman dlu..takde kena kes culik2 nih..tpi skang..klau kite letak ank2 kite cam tu..alamat kite tak jumpalah ank kite...
ok..sambung balik..dlu..rumah papan..pintu dlu2 pulak mesti orang ada membuat penghadang tuk baby2..yg duk di dalam "walker" tuu..ala macam pagar tuu..yang kite leh langkah msuk ke dalam..
ketika aku sedang duk diam2 brmain anak patung..datang la si Bala ni mengambil aku pegi ke kedai makcik tu..mak aku pulak sedang masak di dapur..
Agak2 mak aku nak brjengah aku di depan..hehehe...tengok2..tinggal "walker" jew..."eh!mane pulak anak aku nih!!"..mak aku risau..ingat aku dah hilang..hehehe..apa lgi..mengelabah laaa...mak aku keluar mencari aku....Rupa2 yer aku sedang makan kuih di kedai makcik tu bersama uncle Bala tuuu...
Sebab tu la abang aku panggil aku anak "yeng"..(kap lam)..coz satu yer, mata aku nih..besar..kulit cerah2 aje..abg aku putih sket dari aku...
Tingin lak nak pegi LuRaH BiLuT tu..selepas pindah kat Klang..aku memang tak penah lgi pegi ke sana..mak ..abang ada gak gi ke sana..Orang LuRaH BiLut,jiran2 lama mak menjemput kenduri kawen..
Uncle Bala tu ntah ada lgi ke tdak..sampai la skang klau ejek mengejek..mesti orang panggil aku anak "yeng"..



Tuesday 12 April 2011

First Time Eisya ...


pertama kali Eisya brgambar pada thn 2005 ..utk Ulangtahun TNB
(pic dari keratan akhbar New Straits Times Thurday,MAY 19, 2005)
Posted by Picasa
ni gambar yg asli..sebelom d edit kn kpd gambar2 yg lain..

KaMpUnG HaLaMaN -ReMbAu

Rumah Atok sebelah somi sy...

Gunung Dato',negeri sembilan...

Suasana bila Hari Raya..penuh kete2..anak,menantu,cucu..cicit balik ...


Air terjun d Lubuk Petai,Gunung Dato'

KeAjAiBaN..yg MaHa EsA

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.



Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


Monday 11 April 2011

GaMbAr2 d K.K

kami d hujung tanduk peta Sabah

d kundasang kot.klau x silap

kami d hujung tanduk peta Sabah..

KeNaNgAn Di K.KiNaBaLu

Pertama kaliyer sampai di kaki Gunung Kinabalu..Aniq sewaktu usia 2thn..
ketika ini kabus mabusss..sejukkk..

di pintu Gate Gunung Kinabalu

berhenti seketika tuk bergambar..apalgi berenti tuk isi perut la..

seronok kenangan di K.K..sejuk..permandangan yg indah..
walaupun perjalanan yg jauh..tpi tidak memenatkn..jam 6.30 ptg di K.K..agak gelap..ketika mula2 sampai d K.K jam 6.30 ptg..agak jangal ar..bila tengok suasana di sana..mula gelap..kereta sewa telah lama tunggu..kami menuju ke rumah sewa abg ipar di Papar.
mekasih coz bgi kami semua tempat tdo..keesokkan pagi yer..aku bingkas bangun coz..cahaya d tingkap begitu terang..apalgi..lintang pukang la bangun..keluar tengok..brdesu-desu van sekolah..masih tak perasan lgi..d jam tangan pukul bape sbenar yer..nak tau bape?..jam baru 6.00 pagi..mak aii..aku ingatkn tdi dh trlambat bangun..jam 9 tdi..rupa2 yer pagi lgiii..hehehe..patut la..diaorg tak bangun2 lgi..coz waktu kami melalui d bandar K.K..aku akan memerhatikn setiap trademark & jalan2 d situ,senang klau2 aku nak keluar sndiri nnti..coz driver aku nih..tak akan ingat semua yang dia lalui..so..dari jauh aku trnampak mamat ni menyorong basikal utk melintas jalan..Aduyaiii..aku pun apa lgi terkejut..apasal mamat ni main lintas jew..sedangkn laluan kami sedang lampu HiJaU..pannjjatt aku..dengan senyum & selamba yer mamat tu lintas d hadapan kami..d tempat kite nih..kena tengok kiri kanan dlu baru mlintas..tpi d tempat diaorg ni..lain macam pulak..kita lak kena UtAmAkn dia dlu....Fuhhsss..sib baik tak langgar dia..
Kami sempat ke Pasar Filippino..pasar malam d K.K. kaki gunung Kinabalu & Pantai di Kudat..
Pantai yg cantik..bersih..air laut yg jernih ,seronok bermandi manda..sambil tu..aku memerhati d kawasan itu..ada beberapa rumah orang asli..anak2 orang asli sedang memerhatikan kehadiran kami....
K.K..aku akan datang lgi... 

TeLaTaH AiReL wAkTu PaGi

Ni itik jiran..dia bela sepasang..yg ni..itik JaNtAn..
Jam 6.30 pagi..awal pagi AiReL telah bangun..aku kt dalam umah..Aniq ada d luar sementara Van Sekolah dtg ambik..bila AiReL nampak je itik..terus kejor ..trkedek-kedek si itik larikn diri drpd AiReL..
"..lari.. lari..kwuek..kwuekk2.."..
  
bila AiReL msuk ke dalam umah..apalgi..agak2 yer.."sibuk tol la budak ni,pantang nampak aku..mesti nk kejor..tak senang idup aku"..panggilan si itik ni bagi tuan yer si DeK-DeK. si betina lak tegah brtelur di dlm sangkar..AiReL memang pantang nampak si Dek-dek mesti kejor..sian si itik tu..kadangkala ada waktu..dapat sempat gak dia ketuk kepala si Dek-dek..hehehehe..


Friday 8 April 2011

PeRmAtA yG kE-4

Nurdhia Ezzati di lahirkn pada 12 Nov 2010(12/11/10) 2.9 kg ..secara normal gak..tpi doc indius awal kerana aku suspect kencing manis & asma..salah satu lgi..biasa la darah aku tu..ntah aku rasa ok jew..
Ketika usia kandungan 8 bln..aku telah di ujikaji lgi skali..Doc telah mngarah mgambil lgi sekali darah untuk Talesemia / lukiemia(betul kew ejaan ntah aje la labuuu..) report ye kena tunggu sebulan.Tpi smpi skang tak dpt report yer..aku pun dah malas nk g check-up..malas nak ambik port lgi..janji aku sihat wal-alfiat.
Terima kasih yg maha kuasa,maha mgetahui segala-gala yer..aku masih sihat..bukan tu aje..Pakar telah mngesyorkan aku menggunakn puff in-healer kalor coklat & biru..ketika mngandungkn Dhia..mmg aku slalu kena asma..tpi tahan jew..org tak tau macamana aku sesak nafas yer..ada satu ketika..aku telah pegi klinik utk melegakn nafas..tpi berkurangan..pabila tengahari sampai d rumah..selepas makan..sekali lgi aku sesak nafas..mujur somi aku blom g keje balik..
Sampai d klinik Sxxxx..aku minta izin dgn kuanter,benarkn aku myedut gas tuu..ketika aku myedut gas(in-healer)aku trdengar doc tu tengah marah2 budak kuanter tu..abis je ubat inhealer tu..doc panggil aku "cik sape suruh cik ambik gas!!..,lainkali jgn pegi ambik gas.tunggu saya check dlu baru boleh ambik"..bongok yer doc..aku dh nk separuh mati tdi..lps sedut jew gas tdi..alhamdulillah baru aku boleh brcakap..kemuadian doc tu check..confirm dada aku berbunyi memang aku semput.."ye la cik dada cik ada bunyi,tpi dlm record saya ni,cik takde asma"..ha..apa ingat muka aku nih muka penipu kew..aku brcerita la kt doc tu..pagi tdi mmg sudah ambik skali,tpi sesak nafas lgi.."macamana cik tau ada asma" (soalan bodoh)...hehehe...aku pun cite la asal kena asma sampai la skang..aku siap tunjukkn ubat asma yang aku ada siap plastik ubat tu atas nama aku lgi..dia siap kata "itu ubat utk dos yang rendah"..(mmg aku tau..doc Aminah dah bagitau)..sengal yer doc..aku nekad siap cakap kt somi aku..lepas ni klau tengah2 malam lgi skali sesak..bawak jew g Ampuan Rahimah..tak mau lgi g klinik tuu..marah2 pesakit lak..
Sekarang hanya kawal makan & brjaga-jaga jgn kena BATUK..coz akan mjdi ASMA..
Al-hamdulillah ..baby Dhia tiada komplikasi kencing manis & asma..

PeRmAtA yG kE-3

Muhammad Airel Ezzat di lahirkan pada 5 Mei 2008.Oleh kerana jarang antara Aniq 6thn.Airel trlebih hari dri tarikh due.Aku di indius brsalin scara normal.Tapi kali ini pertama kali yer aku di berikan bantuan pernafasan memakai oksigen.Suami aku masa nih,dah risau tengok aku memakai oksigen tu..(hehehe sayang gak yer)..oleh kerana dia tidak dapat berjumpa aku ketika ini.Salah seorang telah memberitahu,aku tiada apa2.Insya'allah ok..Sebenaryer aku kena ASMA..hmmm..masa skolah2 dlu..aku tak pernah kena pun..
Tpi kali ni lak ..lepas jer bersalin.Doc menyoal & menyemak kembali record2 aku.Takut2 aku akan sesak nafas lgi.alhamdulillah ..aku dah boleh balik..
Skang melayan kerenah Airel..Pelat..Ayat pertama klau brcerita mesti "TADI KANN AIREL KANN"..trngiang-ngiang bila Airel brcakap..

PeRmAtA yG kE-2

Muhammad Anique Ezzat dilahirkan pada 12 Feb 2003, dengan pengalaman yg telah ada..alhamdulillah paling mudah & senang..jam 4.00 pagi masuk  4.10 pagi..(Anique tak sabor2 gak nak menyambut Hari Raya Haji) Sebelom tu doc nak suh aku posa..coz dia pun pelik ngan record darah aku tuu lgi..mane leh aku dh x tahan nak bersalin nak suh aku posa lak..klau nak ujikaji pun tunggu la lepas2...ketika ini suami tiada menunggu di luar.(doc halau dia balik..katayer aku lambat lgi nak brsalin.kurang asam yer doc).
Selepas azan subuh..aku bangkit tak sabor2 nak bagitau kat mak...aku memberitahu,tengahari nanti dah boleh keluar.(hm..x sabor2 lak nak fon somi aku nih..yelah dapat baby boy)..so skang bila sambut birthday mesti bersama-sama dgn Eisya.
Mereka ni memang rapat.Eisya slalu buli Aniq.Aniq memang manja dengan mama.Klau mgadu mesti ngembeng..

PeRmAtA yG pErTaMa

Inilah permata hati yang pertama yg telah dilahirkn pada 13 Feb 2000 dengan seberat 3.15kg.Sebenarnya due dia 14 Feb..tpi disebabkn komplikasi lebih awal air ketuban telah pecah dengan sendirinya.Akan tetapi dengan masalah darah dengan peratus yang rendah,sempat juga aku di ujikaji.
Padahal di klinik yang aku slalu check-up tu telah 2 kali mengambil yer..
Macam2 doc ni tye kt aku lah..& doc mnyuruh aku memakai "pad" tuk bukti aku yg air ketuban telah pecah.Akhirnya aku telah mnunjukkan pad tuu ada sedikit warna hijau..Doc tu mnyuruh nurse booking katil utk aku..Rupa2 nya aku dipaksa..kiri kanan lenganku telah dimsukkn ubat..aku telah muntah diatas katil..alamakkk takut yer nurse MaRaH..tpi mungkin rezeki aku..aku dlayan dgn baik..Terima kasih kpd nurse yg telah menolong menukarkan bju & alas katil tu..disebabkn aku lemah dengan bantuan doc2 & nurse akhirnya aku brjaya melahirkan Nurfarisya Ezzati...

Thursday 7 April 2011

Acap kali

Ini pertama kaliku main berkata-kata hanya biasa-biasa saje..bukan ikut-ikutan tpi untuk ku meluahan rasa hati...samada suka, duka & macam-macam lgi..
           Diriku hanya biasa-biasa saje..aku bukan yer minah JiWaNg..aku bukan kekwat..SoMbOnG..orang lain melihat aku seperti sombong tpi aku tidak..PeMaRaH..marah ikut tempat,tpi bila aku marah aku tak sedar walau dimana aku marah..DiAm, tak bererti aku diam kadangkala aku petah berkata-kata.Kawan-kawan yang kenal akan diri dia mesti faham..Tapi aku ada kawan kew...hehehe..
          Mandor??(ntah betul ke ejaan aku) aku keje makin gaji macam orang lain..bukan MaNdoR(hetam laa..)..IrI HaTi..tak nafikan la..setiap manusia mesti ada IrI HaTi..banyak & sikit tu ..aku x tau..Lantak la..BuSuk HaTi..itu perkara biasa..ReNdAh DiRi..senantiasa aku rendah diri..SaBaR..lebih pada SaBaR..kadangkala aku HiLaNg SaBaR gak..(aku ingin belajar mengawal diri..)
          CaNtIk..sape tak suka tak cantik ooiii..Setiap wanita ingin cantik..cantik pada hati, cantik pada diri,cantik rupa,cantik pada perangai(perangai ko cantik tax?),cantik budi bahasa & segala-gala yer ingin cantik.RiAk..kita tak seharusnya RiAk..(adakah aku riak..hehehehe)..
          SoLeH..aku ingin jadi anak yang soleh & IsTrI yang soleh..mak abah..halalkan makan minum dari sejak lahir hingga sekarang..eemmaakk,aku faham erti seorang mak...mak,walaupun aku anak yang tengah..aku selalu mengalah antara abang & adik..sebab itu aku slalu diam aje di rumah..bukan bererti aku ni DeGiL..sebenarnya aku malas nak melawan cakap apabila mak tegur aku..(korang ada lawan cakap emak,baik minta maaf skunk)..aku slalu ikut apa mak suruh buat..cumaaa..kadang-kadang aku NaKaL jew..
NaKaL..walaupun aku seorang perempuan kecik-kecik aku nakal gak..selalu bermain permainan budak-budak LeLaKi..
        PeRmAiNaN..apa saje aku tak penah main..baling botol..konda-kende..baling selipar..bola cakping,tembak orang pkai buah ceri & telur rembang..main guli..susun selipar & tin..tepuk-tepuk kad,lebam sane sini..itu semua aku dah rasa..tpi skang adik-adik x merasa main permainan cam tuu..tangkap ikan kat longkang la..cari cacing tanah lepas jumpa kawan pompuan lepas campak kat dia(ngeee skang geli daaa) itu semua kenangan yang hanya bertanda di kaki ku adalah..luka di lutut tercucuk PISAU LIPAT 10sen ..hehehe..  
        KePaNdAiAn..tak la pandai..MiNat hanya berminat pada SeNi..suka sangat pabila tengok satu lukisan jdi tenang..BiSiNg..aku tak suka bising..suka dok tepi pantai..& sungai..ingin mendaki GuNuNg KiNaBaLu..(dalam mimpi waktu nih..tunggu anak-anak besar skit..lebih-lebih baby dhia)..baca NoVeL tu memang minat..lebih-lebih novelis ShArIfAh AbU sAlEeM..& novel keluaran AlAf 21..KaRaNgKrAf..
                                          Ini lah aku.....Tee hanya biasa2 aje..
 

Blog Template by YummyLolly.com